Thursday 14 September 2017

FAKTOR - FAKTOR SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN PUPUS

Perkuat perpaduan, semangat kejiranan
Kebelakangan ini, semangat kejiranan kian padam dalam kalangan masyarakat kita, masyarakat seperti tidak mementingkan semangat kejiranan ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing yang membawa maksud mementingkan diri sendiri dan tidak mahu hidup bermuafakat. Peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa kini. Tidak dapat kita nafikan bahawa sememangnya sesetengah masyarakat kita masa kini boleh disifatkan sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana mementingkan diri sendiri dan lebih bersikap individualistik.
          
       Disebabkan itu, masyarakat lebih suka menyendiri dan mengabaikan semangat kejiranan dimana pada suatu ketika dahulu, semangat ini menjadi sesuatu yang menjadi teras masyarakat kita. Keakraban sesama ahli masyarakat boleh diibaratkan cubit paha kiri, paha kanan terasa. Oleh hal yang demikian, kita perlu meneliti semula faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap masyarakat kita sekarang.  Faktor pertama yang mungkin menjadi punca mengapa semangat kejiranan makin tidak diamalkan oleh masyarakat pada masa kini ialah faktor pendidikan.
 
          Menurut Dr Affizal Ahamd didalam jurnalnya yang bertajuk Kepentingan Pendidikan Dalam Kualiti Hidup Sejahtera menyatakan, pendidikan ialah salah satu impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Menurut beliau lagi, pendidikan boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima.

         Oleh itu, perkaitan yang dapat kita lihat ialah, apabila seseorang individu tersebut mempunyai pendidikan yang sempurna dan tinggi, beliau akan mempunyai jawatan atau pangkat yang tinggi didalam pekerjaan dan ia besar kemungkinan akan mengubah perspektif individu tersebut terhadap kehidupan bermasyarakat.     Perspektif disini membawa maksud pandangan atau tanggapan. Dengan jawatan dan pangkat tinggi yang mereka peroleh, mereka akan berasa mereka dapat berdikari dan tidak lagi memerlukan orang lain termasuklah jiran tertangga. Mereka hanya mementingkan hak individu mereka tanpa menghiraukan tanggungjawab mereka terhada kebajikan masyarakat sabagai salah seorang daripada ahli masyarakat itu sendiri.

            Selain itu, faktor teknologi atau media massa juga membuatkan masyarakat kian melupakan betapa pentingnya semangat kejiranan. Teknologi merupakan satu perkara yang paling penting pada era ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, teknologi bererti aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain. Ia juga telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kita kurang mengamalkan semangat kejiranan.

             Teknologi juga telah menjadi satu faktor yang menyebabkan kita kurang menghiraukan semangat kejiranan. Hal ini kerana, dengan perkembangan teknologi yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung mahupun tidak langsung dengan ahli-ahli masyarakat yang lain. Melalui penggunaan telefon, faksimili, dan internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan untuk berhubung. Ekoran dengan itu, kita akan menjadi hilang kemahiran untuk berkomunikasi dan bersikap ramah-tamah didalam pergaulan. Sebaliknya kita hanya akan menjadi seperti kera sumbang dan hanya mampu berinteraksi dengan orang lain melalui teknologi.         

            Jelaslah bahawa semangat kejiranan akan pudar kerana semangat ini tidak dapat dipupuk jika ahli-ahli masyarakat di setiap kawasan kejiranan tidak boleh berhubung dan berinteraksi sesama satu dengan yang lain. Struktur perumahan yang moden hasil daripada teknologi juga menyukarkan proses penanaman semangat kejiranan dikalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden dibina dengan tembok yang tinggi dan pagar-pagar.


            Hal ini berbeza dengan rumah-rumah  dikampung yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu jiran denagn jiran yang lain. Oleh itu disini dapat disimpulkan bahawa, teknologi juga menjadi salah satu punca berlakunya perpecahan dalam masyarakat dan kian pupusnya semangat kejiranan terutamanya penduduk dikawasan bandar dan kawasan yang sedang membangun.
Sumber: Nomiesyaza

1 comment:

COVER PAGES

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM DUA 6022 “ AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH  SETEMPAT ” SESI...