Thursday 14 September 2017

OBJEKTIF DAN PENGENALAN

Objektif
  • Mengenal konsep kejiranan dalam membantu melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta akan negara.
  • Menilai semangat hidup berjiran dalam kalangan masyarakatnya adalah sangat berfaedah dan membawa pulangan ekonomi yang begitu memberangsangkan kepada negara.
  • Mengetahui faktor kejiranan itu adalah amat penting didalam pembentukkan tamadun Islam selepas pembentukan sahsiah individu dan keluarga
  Sumber: WAN NUR AZREEN

Pengenalan


Secara fitrahnya, manusia tidak boleh seorang hidup diri atau mengasingkan diri. Oleh itu, Islam telah menekankan tentang  kepentingan menjalinkan hubungan dalam kalangan masyarakat sekeliling. Hubungan yang baik dapat membentuk sifat saling membantu, bekerjasama, saling menyayangi, menghormati dan sebagainya.Islam amat menitikberatkan hubungan kejiranan. Kejiranan tidak mengenal erti perbezaan kaum kerana ia bergantung kepada tempat yang didiami oleh seseorang itu. Dalam konteks Islam, umat Islam hendaklah saling menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza kaum.Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian. Sabda Nabi SAW yang bermaksud :

"Jiran itu  ada tiga macam. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya. Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir."


Sumber: USTAZ ASRI BIN MD SAMAN

No comments:

Post a Comment

COVER PAGES

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM DUA 6022 “ AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH  SETEMPAT ” SESI...