Thursday 14 September 2017

KESIMPULAN

Dengan   adanya   semangat   kejiranan   ini   diamalkan, sesuatu masalah akan dapat diatasi dengan segera. Contohnya, kenduri-kendara dapat senang dijalankan. Gotong- royong membersihkantanah perkuburan, balai raya, membuat jambatan dan sebagainyajuga dapat dilakukan tanpa mengeluarkan belanja kerana semuaini dilakukan secara sukarela. Secara tidak langsung, kita dapatmenjimat wang.Hidup berjiran boleh membentuk perpaduan. Negara yang majumemerlukan rakyat yang bersatu agar tenaga dapat digemblengbersama seperti bersatu teguh, bercerai roboh untuk mencapaikemajuan. Sesuatu masalah dapat diselesaikan segera jika adapersefahaman dan tolenrasi dalam membuat sesuatu keputusan.


Seterusnya dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian. Sabda Nabi SAW yang bermaksud :


"Jiran itu ada tiga macam. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya. Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir."

No comments:

Post a Comment

COVER PAGES

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM DUA 6022 “ AMALAN SEMANGAT KEJIRANAN PENTING DALAM MENGURANGKAN KADAR JENAYAH  SETEMPAT ” SESI...