|
Perkuat perpaduan, semangat kejiranan |
Kebelakangan ini, semangat kejiranan kian padam
dalam kalangan masyarakat kita, masyarakat seperti tidak mementingkan semangat
kejiranan ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing yang membawa
maksud mementingkan diri sendiri dan tidak mahu hidup bermuafakat. Peribahasa
ini sesuai untuk menggambarkan sikap masyarakat kita pada masa kini. Tidak
dapat kita nafikan bahawa sememangnya sesetengah masyarakat kita masa kini
boleh disifatkan sebagai enau dalam pepatah tersebut kerana mementingkan diri
sendiri dan lebih bersikap individualistik.
Disebabkan itu, masyarakat lebih suka menyendiri dan mengabaikan
semangat kejiranan dimana pada suatu ketika dahulu, semangat ini menjadi sesuatu
yang menjadi teras masyarakat kita. Keakraban sesama ahli masyarakat boleh
diibaratkan ‘cubit paha kiri, paha kanan terasa.’ Oleh hal yang demikian, kita perlu
meneliti semula faktor-faktor yang telah menyebabkan perubahan sikap masyarakat
kita sekarang. Faktor pertama yang
mungkin menjadi punca mengapa semangat kejiranan makin tidak diamalkan oleh
masyarakat pada masa kini ialah faktor pendidikan.
Menurut Dr Affizal Ahamd didalam jurnalnya yang bertajuk Kepentingan
Pendidikan Dalam Kualiti Hidup Sejahtera menyatakan, pendidikan ialah salah
satu impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan manusia untuk
memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan. Menurut beliau lagi, pendidikan
boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang
berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang
diterima.
Oleh itu, perkaitan yang dapat kita lihat ialah, apabila seseorang
individu tersebut mempunyai pendidikan yang sempurna dan tinggi, beliau akan
mempunyai jawatan atau pangkat yang tinggi didalam pekerjaan dan ia besar
kemungkinan akan mengubah perspektif individu tersebut terhadap kehidupan
bermasyarakat. Perspektif disini
membawa maksud pandangan atau tanggapan. Dengan jawatan dan pangkat tinggi yang
mereka peroleh, mereka akan berasa mereka dapat berdikari dan tidak lagi
memerlukan orang lain termasuklah jiran tertangga. Mereka hanya mementingkan
hak individu mereka tanpa menghiraukan tanggungjawab mereka terhada kebajikan
masyarakat sabagai salah seorang daripada ahli masyarakat itu sendiri.
Selain itu, faktor teknologi atau media massa juga membuatkan masyarakat
kian melupakan betapa pentingnya semangat kejiranan. Teknologi merupakan satu
perkara yang paling penting pada era ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga,
teknologi bererti aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk
tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan lain-lain.
Ia juga telah menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kita kurang
mengamalkan semangat kejiranan.
Teknologi juga telah menjadi satu faktor yang menyebabkan kita kurang
menghiraukan semangat kejiranan. Hal ini kerana, dengan perkembangan teknologi
yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung mahupun tidak
langsung dengan ahli-ahli masyarakat yang lain. Melalui penggunaan telefon,
faksimili, dan internet, kita tidak lagi perlu bertemu secara berseorangan
untuk berhubung. Ekoran dengan itu, kita akan menjadi hilang kemahiran untuk
berkomunikasi dan bersikap ramah-tamah didalam pergaulan. Sebaliknya kita hanya
akan menjadi seperti kera sumbang dan hanya mampu berinteraksi dengan orang
lain melalui teknologi.
Jelaslah bahawa semangat kejiranan akan pudar kerana semangat ini tidak
dapat dipupuk jika ahli-ahli masyarakat di setiap kawasan kejiranan tidak boleh
berhubung dan berinteraksi sesama satu dengan yang lain. Struktur perumahan
yang moden hasil daripada teknologi juga menyukarkan proses penanaman semangat
kejiranan dikalangan masyarakat kita. Kebanyakan rumah dan pangsapuri moden
dibina dengan tembok yang tinggi dan pagar-pagar.
Hal ini berbeza dengan rumah-rumah
dikampung yang tidak mempunyai sempadan untuk membezakan rumah satu
jiran denagn jiran yang lain. Oleh itu disini dapat disimpulkan bahawa,
teknologi juga menjadi salah satu punca berlakunya perpecahan dalam masyarakat
dan kian pupusnya semangat kejiranan terutamanya penduduk dikawasan bandar dan
kawasan yang sedang membangun.